Pages

Ujian sulung tanpa tiga tonggak

UJIAN sulung selaku pemangku ketua jurulatih hoki kebangsaan mengundang debaran buat Stephen van Huizen apabila berisiko hilang khidmat tiga tonggak menjelang aksi pembukaan Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru, hari ini.

Peluang penjaga gol utama, S Kumar selain dua pemain tengah, Shahrul Nabil Abdullah dan Kelvinder Singh menentang kelab Korea Selatan, Seung Ju City Hall di Bukit Jalil, bergantung kepada pandangan doktor pasukan.

Andai keputusannya negatif, Stephen tetap tidak bimbang kerana sudah bersetujuan dengan pembantunya, Tai Beng Hai menggunakan sistem penggiliran pemain.


“Saya harap dapat menurunkan semua pemain kerana perlawanan pertama penting, lebih-lebih lagi ia penampilan sulung skuad kebangsaan musim ini. Bagaimanapun, jika ketiga-tiga mereka terpaksa direhatkan, saya tetap yakin dengan kemampuan yang ada.


“Malah, saya bersepakat dengan pembantu (Tai Beng Hai) menggunakan sistem penggiliran mengelakkan risiko kecederaan dan memberi peluang membuktikan keupayaan sebenar,” katanya.


Dua aksi pemanas badan menentang lawan sama, minggu ini, berpihak kepada Malaysia apabila menang selesa, 4-0 pada aksi sulung sebelum berdepan tentangan sengit mencatat kemenangan kedua, 3-2, kelmarin.

Selain senior kebangsaan dan Seung Ju City Hall, dua lagi pencabar ialah skuad Projek 2013 serta kelab Jerman, Manheim.


Pada kempen kelayakan Piala Dunia di Invercargill, New Zealand, pertahanan, Mohd Madzli Ikmar Mohd Noor dilantik selaku kapten namun musim ini, ia tidak bermakna tugas itu kekal menjadi miliknya.


“Mengikut perancangan awal, Madzli mengetuai pasukan pada kejohanan ini, namun saya melihat beberapa pemain lain turut memiliki daya kepemimpinan tinggi.


“Ia menggembirakan kerana membuktikan pemain senior sudah matang dan diharap, mereka memberi teladan baik kepada barisan muda bagi menghadapi musim 2010 yang penuh mencabar,” katanya.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007