Pages

Petua Mirnawan

PENGURUS skuad Projek 2013, Mirnawan Nawawi (gambar) mahu pemainnya mengekalkan tahap disiplin untuk mengikut strategi ketika berdepan kelab Korea Selatan, Seong Ju City Hall pada perlawanan kedua Kejohanan Persahabatan Empat Penjuru, hari ini.
Selepas tewas, 1-3 kepada Manheim pada aksi sulung, kelmarin, ujian di Stadium Hoki Tun Razak bakal menentukan nasib pasukannya sama ada layak ke final berdepan lawan lebih senior.


“Saya sedar pemain berdepan tugas berat menentang Seong Ju City Hall kerana keputusan tiga perlawanan persahabatan tidak memihak kami. “Namun, saya tegaskan bahawa peluang sentiasa ada jika pemain beraksi mengikut arahan.


“Sebenarnya, pemain mampu setidaknya seri menentang Manheim. Namun, mereka goyah selepas tidak mengikut arahan jurulatih (Muhammad Dharma Raj Abdullah) dan ia mengundang kekalahan itu,” katanya.


Tiga perlawanan persahabatan awal menentang Seong Ju City Hall menyaksikan kekalahan, 0-2, 1-2 dan 0-5.


Bagaimanapun, ia tidak melunturkan keyakinan bekas kapten kebangsaan era 1990-an itu kerana yakin anak buahnya mampu mengatasi kelebihan pengalaman, kepantasan dan kekuatan fizikal milik lawan.

“Di pentas antarabangsa, gabungan tiga aspek itu sentiasa memainkan peranan penting. Malah, ia lebih ketara memandangkan majoriti pemain skuad Projek 2013 berusia bawah 19 tahun.


“Namun, pemain boleh menafikan kelebihan itu jika mengerah kekuatan terbaik dan bermain bijak. Malah, kami memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri,” katanya. Perlawanan lain menyaksikan skuad senior kebangsaan berdepan Manheim di gelanggang sama.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007