Pages

Gaji jurulatih hoki RM34,000

JURULATIH hoki kelahiran Belanda, Roelant Oltmans (gambar) bakal tergolong antara pengendali asing menikmati gaji termahal di Malaysia iaitu AS$10,000 (sekitar RM34,000) jika menandatangani kontrak bimbing skuad kebangsaan.
Ketika ini, difahamkan, pengendali beregu badminton, Rexy Mainaky dan ketua jurulatih berbasikal, John Beasley, menerima gaji termahal, namun pelantikan mereka berdua dianggap berbaloi apabila berhasil menghadirkan pencapaian hebat atlit negara.


Sumber dalaman Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), berkata Majlis Sukan Negara (MSN) setuju menampung sekitar RM8,000 dengan bakinya perlu ditanggung sendiri PHM.


“Ia harga yang terpaksa dibayar PHM untuk menghadirkan pingat emas Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China (November) bagi melayakkan Malaysia ke Sukan Olimpik London 2012.


“Beliau (Oltmans) akan ditawarkan kontrak dua tahun, namun jika gagal mencapai emas Sukan Asia, jumlah gajinya akan dinilai semula. Begitu juga dengan kepentingannya untuk terus membimbing skuad kebangsaan,” katanya.


Delegasi PHM akan berlepas ke venue Piala Dunia 2010, New Delhi, India, sekitar minggu depan bagi mendapatkan tandatangan Oltmans sebagai pengesahan jawatannya selaku ketua jurulatih negara. Ketika ini, dua pengendali tempatan, Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai membimbing skuad kebangsaan, yang menang selesa, 4-0 ke atas kelab Korea Selatan, Seung Ju City Hall pada aksi persahabatan di Bukit Jalil, semalam.

Sekalipun terpaksa membayar harga mahal, Oltmans yang membantu Belanda menjuarai Sukan Olimpik, Piala Dunia dan Trofi Juara-Juara, mempertaruhkan jawatannya jika gagal menghadiahkan emas Sukan Asia.


“Beliau sedia meletak jawatan. Keyakinan itu sedikit melegakan PHM, kerana membuktikan kesungguhannya menyahut cabaran,” kata sumber.


Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani, mengesahkan pihaknya setuju membayar RM8,000 seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN- PHM di Bukit Jalil, kelmarin.


“Jumlah itu memang diperuntukkan sejak kedengaran desas-desus PHM akan melantik jurulatih asing. Bagi saya, langkah ini patut diambil kerana belum cuba belum tahu.


“Rexy dan Beasley berjaya melonjakkan reputasi Malaysia, mungkin selepas ini giliran hoki pula,” katanya.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007