Pages

PHM tinjau calon lain

BUKAN Roelant Oltmans saja buruan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), sebaliknya kunjungan delegasi badan induk itu ke New Delhi, India, 10 Mac ini turut diiringi misi memancing pengendali dari Australia dan New Zealand.

Malah, difahamkan pengendali dari Australia itu yang pernah membimbing skuad kebangsaan, sudah menyatakan persetujuan untuk kembali mencurahkan ilmu buat pasukan Malaysia yang menghuni ranking ke-15 Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

Timbalan Presiden PHM, Nur Azmi Ahmad, bagaimanapun berkata, keutamaan tetap diberikan kepada Oltmans jurulatih Belanda yang dilaporkan masih memiliki kontrak dengan kelab negara kelahirannya, Larensche Mixed Hockey Club.


“Antara tiga calon itu, Roelant menjadi keutamaan kerana beliau dilihat memiliki ciri-ciri diperlukan skuad kebangsaan selain sudah mengadakan rundingan awal dengan PHM.


“Sekalipun rundingan itu sekadar lisan, pada dasarnya kedua-dua pihak puas hati untuk menjalin kerjasama. Malah, perjumpaan di India lebih terarah untuk membin- cangkan butiran yang masih belum jelas terutama mengenai status beliau,” katanya.


Delegasi PHM bakal diketuai Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan harapan menamatkan usaha melantik pengendali asing yang berlanjutan hampir setahun lalu.

Ketika ini, skuad kebangsaan dibimbing Stephen van Huizen dan Tai Beng Hai, yang bakal menyertai kejohanan persahabatan empat penjuru membabitkan kelab Jerman, Manheim, Korea Selatan (Seung Ju City Hall) dan skuad Projek 2013, bermula Khamis ini.


Mengenai identiti Australia dan New Zealand itu, Azmi berkata: “Buat masa ini, ia tidak boleh didedahkan.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007