Pages

Faeez pemain termuda sertai Liga Hoki Belanda

PEMAIN skuad Projek 2013, Mohd Noor Faeez Ibrahim muncul pemain termuda negara menyertai Liga Hoki Belanda apabila berlepas ke negara itu, awal pagi semalam untuk mewakili Hatem Hockey Club.

Penyerang kelahiran Klang, Selangor berusia 19 tahun itu mengakui tidak menyangka terpilih mewakili skuad divisyen kedua Liga Hoki Belanda, yang dianggap antara saingan terbaik dunia.

“Saya tidak menetapkan sebarang sasaran di Belanda, cuma mahu mempelajari seberapa banyak ilmu hoki Eropah bagi membantu skuad Projek 2013 menghadapi Piala Dunia 2013.


“Peluang ini mungkin hadir sekali seumur hidup dan saya perlu menggunakannya secara optimum kerana bukan semua pemain lain bernasib baik seperti saya,” katanya.


Penyerang utama skuad senior, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pernah beraksi di Belanda iaitu mewakili Hilversum Mix Hockey Club pada Oktober 2008, mengikuti jejak langkah pemain tengah kebangsaan, Jivan Mohan, yang beraksi dua bulan lebih awal.


Bagaimanapun, Kedua-dua pemain itu dianggap cukup matang untuk berkelana beribu kilometer mencari ilmu dengan Tengku ketika itu berusia 22 tahun manakala Jivan, 25.

Faeez berkata, bukan sesuatu membimbangkan untuk hidup berdikari di negara orang kerana pegawai dan rakan sepasukan kelabnya sudah menyatakan kesediaan menghulur bantuan andai berdepan masalah.


“Malah, keluarga, pegawai MSN (Majlis Sukan Negara) dan PHM (Persekutuan Hoki Malaysia) mengingatkan supaya menghubungi mereka jika berlaku apa-apa. Terima kasih kerana mengambil berat ke atas diri saya.

“Sekurang-kurangnya saya sedar ada pihak yang bersiap-sedia membantu dan ia mengurangkan sedikit perasaan gementar merantau ke negara orang,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.


Pemilihan Faeez ke Belanda tidak mengejutkan kerana Pemain Terbaik Final dan Penjaring Terbanyak Liga Hoki Remaja 2009 itu pernah dicadangkan menyarung jersi Malaysia untuk menghadapi Piala Dunia Remaja di Johor Bahru, tahun sama.


Namun, usianya ketika itu baru menjangkau 18 tahun dan dianggap masih mentah untuk beraksi pada saingan tahap tertinggi peringkat usia terbabit. Sementara itu, skuad senior menang, 3-2 ke atas Seung Ju City Hall pada aksi persahabatan kedua di Stadium Hoki Bukit Jalil menjelang kejohanan empat penjuru di gelanggang sama, bermula esok.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007