Pages

Australia ledak 12 gol

LUKE Doerner (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Australia mengalahkan Afrika Selatan 12-0, malam tadi.

NEW DELHI: Pasukan pilihan, Australia merakamkan kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan hoki Piala Dunia selepas membelasah Afrika Selatan 12-0 dalam saingan Kumpulan B, malam tadi.

Juara Eropah, England menewaskan Pakistan 5-2 buat merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam kumpulan berkenaan dengan Jonty Clarke dan kapten, Barry Middleton masing-masing menjaringkan dua gol.

Pakar pukulan sudut penalti Australia, Luke Doerner menyumbat empat gol, Jamie Dwyer, tiga manakala Glenn Turner, dua ketika skuad bergelar Kookaburras itu seperti mengajar Afrika Selatan cara bermain hoki.


Desmond Abbott, Fergus Kavanagh dan Matthew Butturini adalah penjaring lain yang membantu pasukan berpesta gol di Stadium kebangsaan Dhyan Chand.

Australia yang mendahului 5-0 pada babak pertama mengatasi rekod sebelum ini dicatat Pakistan yang membaham New Zealand 12-3 pada edisi 1982 di Mumbai.

“Saya tidak tahu ia satu rekod. Tapi bukan setiap hari kita dapat menjaringkan 12 gol dalam perlawanan,” kata jurulatih Australia, Ric Charlesworth. - AFP
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007