Pages

Hatrik Taekema benam Argentina

NEW DELHI: Jaringan hatrik Taeke Taekema (gambar) menerusi pukulan sudut penalti membolehkan Belanda menang 3-0 ke atas Argentina dan Korea Selatan mengikat penyandang dan juara dua kali, Jerman 2-2 pada saingan Hoki Piala Dunia.

Dalam perlawanan Kumpulan A, New Zealand dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Kanada 3-2.

Taekema melakukan hatrik pertama kejohanan ini menerusi jaringannya pada minit ke-14, 35 dan 61 buat juara tiga kali itu.


“Saya tidak mahu mengejar rekod peribadi. Cita-cita saya adalah untuk membantu Belanda memenangi Piala Dunia,” kata Taekema yang tidak berada dalam skuad Piala Dunia Belanda ketika kali terakhir mereka muncul juara pada 1998.


Pemenang emas Olimpik, Jerman dan pasukan nombor satu dunia itu dikejutkan Korea Selatan yang mengamalkan corak menyerang, tetapi bangkit menerusi dua gol nasib selepas rehat.


Hyun Hye-sung menjaringkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti untuk juara Asia itu mendahului seawal minit ke-4, disusuli jaringan padang Lee Nam-yong yang melakukan larian solo dari bawah sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Max Weinhold dari sudut sukar pada minit ke-15.

“Kami bermain separuh masa pertama dengan baik, tapi Jerman bangkit dengan garang selepas rehat,” kata jurulatih Korea Selatan, Shin Seok-kyo.


Jerman bertindak balas apabila bola yang terkena Florian Fuchs melantun masuk ke gawang Korea Selatan pada minit ke-50. Benjamin Wess kemudian menjaringkan gol penyamaan selepas menyudahkan bola muntah di depan gawang pada minit ke-58.


“Saya mengakui, kami bernasib baik dalam perlawanan ini,” kata ketua pasukan Jerman, Max Muller. “Tapi kami gembira dengan cara kebangkitan ditonjolkan selepas mencipta beberapa peluang.


“Bagaimanapun kami perlu meningkatkan ketepatan sudut penalti. Kami mensia-siakan enam hari ini. Perkara sebegitu yang perlu kami elakkan pada baki perlawanan.” Sementara itu, jaringan Ryan Archibald dari atas garisan D tiga minit sebelum permainan berakhir membolehkan New Zealand membenam Kanada selepas ketinggalan dua kali. - AP Kanada menjaringkan gol pertama menerusi Mark Pearson ketika mereka menyerang pada minit ke-2, tetapi Priyesh Bhana menyamakan kedudukan buat New Zealand pada minit ke-11.


Kanada sekali lagi di depan sebelum tamat separuh masa pertama apabila Philip Wright tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-20.


Namun dominasi New Zealand di bahagian tengah pada separuh masa kedua membolehkan mereka menyamakan kedudukan menerusi sudut penalti Nick Haig, minit ke-46
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007