Pages

Pintu belum tutup

Pasukan hoki kebangsaan menjalani latihan di bawah kendalian Tan Beng Hai di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/Asmaruddin Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Peluang menyertai latihan bersama skuad kebangsaan masih belum tertutup tetapi dengan syarat mereka yang berminat mampu menyerlah dalam Kejohanan Hoki Piala Tun Razak yang akan berlangsung Mac ini.Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Beng Hai berkata, beliau akan menjadikan kejohanan itu sebagai medan terakhirnya memilih beberapa pemain lagi untuk dua kejohanan terdekat, Trofi Juara-Juara Asia dan Piala Sultan Azlan Shah.

''Saya bersama Stephen Van Huizen akan membuat penilaian semasa kejohanan itu dalam mengenal pasti pemain yang boleh diketengahkan bersama skuad kebangsaan.

''Mereka yang kecewa tidak dipanggil, mesti mempamerkan prestasi yang cemerlang jika masih berhasrat menyertai skuad kebangsaan.

''Malah senarai 25 pemain yang dipanggil ini masih belum muktamad, sama ada dikekalkan atau digugurkan, semuanya bergantung kepada latihan, tahap disiplin serta kesungguhan mereka,''katanya kepada pemberita di Bukit Jalil, semalam.

Beberapa nama besar seperti Chua Boon Huat, S. Selvaraju, Mohd. Sallehin Abd Ghani, Ismail Abu dan Baljit Singh Sarjab tidak dipanggil dalam latihan bersama skuad kebangsaan kali ini.

Sebaliknya, beberapa muka baru Mohd. Sybrie Shamsudin, Azreen Rizal Nasir dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin yang merupakan bekas pemain remaja negara terpilih dalam senarai Beng Hai dan Van Huizen.

Beng Hai menegaskan, antara alasan utama beliau tidak memanggil beberapa bekas pemain kebangsaan yang lain ialah kerana dasar polisinya yang mahu memberikan ruang kepada pemain muda.

''Bukan saya sifatkan mereka tidak bagus, namun saya dan Stephen mempunyai perancangan jangka panjang sebelum menghadapi Sukan Asia (November) dan kejohanan lain selepas ini dengan memberikan pendedahan kepada pemain muda untuk menyerlahkan potensi mereka.

''Apa yang mungkin kurang pada sebahagian pemain muda ini ialah pengalaman, itu yang kami cuba tekankan kerana daripada segi potensi, mereka tidak banyak berbeza dengan pemain senior.

''Selain itu, Selvaraju yang cedera tidak beraksi di Liga Hoki Kebangsaan (MHL) dan kami membuat keputusan tidak memanggilnya kerana kurang pasti akan tahap kecergasannya walaupun dia kini sudah boleh bermain,'' katanya.

Sesi latihan petang tadi tidak disertai oleh Jivan Mohan yang mengalami sedikit kecederaan di leher sementara abangnya, Jiwa sedang bertugas di Australia.

Skuad negara akan menjalani beberapa perlawanan persahabatan mulai 26 Februari ini dengan Projek 2013, serta kelab dari Korea, Seong-Ju dan Jerman, Mannheim di Stadium Hoki Tun Razak.

Ditanya mengenai peluang di Trofi Juara-Juara Asia, Beng Hai memberitahu beliau masih belum mahu meletakkan apa-apa sasaran kerana tumpuannya adalah ingin mencari kombinasi terbaik di kalangan kepada pemain.

''Fokus kita paling utama ialah di Sukan Asia Guangzhou yang mana kami mahu muncul juara dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik London 2012.

''Oleh itu, dalam kejohanan itu termasuk Piala Sultan Azlan Shah, kami melihat ia sebagai medan pendedahan kepada pemain terutamanya kepada pemain muda,'' jelasnya.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007