Pages

PHM ramai calon

USAHA mendapatkan khidmat jurulatih kelahiran Belanda, Roelant Oltmans mengundang keraguan sama ada ia kesilapan Majlis Sukan Negara (MSN) atau salah maklumat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Selepas laman web Larensche Mixed Hockey Club, kelab bimbingan Oltmans di Belanda, mengeluarkan kenyataan jurulatih itu dikekalkan untuk tempoh dua musim lagi, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata pelantikan itu bergantung kepada rundingan di India, minggu depan.

Zolkples berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN-PHM di Bukit Jalil, Jumaat lalu, peluang mendapatkan pengendali itu nampak positif.


“Roelant jurulatih yang bagus, jadi sudah tentu kita perlu bersaing untuk mendapatkan khidmatnya. Setakat ini, peluang itu nampak positif tapi ia bergantung kepada rundingan pegawai PHM yang akan berlepas ke India.


“Jika gagal, kita akan kekal menggunakan khidmat Stephen (van Huizen) dan (Tai) Beng Hai,” katanya.


Jumaat lalu, Zolkples berkata Oltmans dijangka tiba ke Malaysia sekitar 1 Mei depan iaitu sebelum skuad kebangsaan menghadapi Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak.


Malah, tugas utamanya ialah memilih barisan pemain untuk menghadapi tugasan utama bagi tahun ini iaitu Sukan Asia di Guangzhou, November depan.


Bagi PHM, Timbalan Presidennya, Nur Azmi Ahmad menafikan pihaknya pernah mendedahkan identiti siapakah yang bakal menggalas jawatan ketua jurulatih kebangsaan. “PHM tidak pernah membuat pengumuman mengenai perkara ini. Perkara utama dibincangkan Jumaat lalu lebih terarah kepada pembayaran gaji ketua jurulatih kerana identitinya akan diketahui menerusi rundingan di India.


“Tidak dinafikan Roelant akan turut berada di sana, namun beliau bukan satu-satunya calon PHM,” katanya.


Pakar taktikal yang pernah membimbing Belanda dan Pakistan itu dilaporkan bakal menikmati gaji sekitar AS$10,000 (RM34,000) dengan sasaran utama perlantikan ialah menghadiahkan pingat emas Sukan Asia untuk Malaysia layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007