Pages

Pilih sukan atau SPM

PENGURUS skuad Projek 2013, Mirnawan Nawawi mempertikaikan tindakan pihak pengurusan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang mahukan penuntut Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih menumpukan pelajaran berbanding sukan.

Tujuh pelajar SSBJ memohon menarik diri daripada skuad Projek 2013, minggu lalu hingga menjejaskan tiga lagi pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP), yang terpaksa menolak tawaran menuntut di SSBJ berikutan masalah jadual latihan.

Mirnawan berkata kesemua 10 pelajar itu memaklumkan jadual harian penuntut SPM di SSBJ boleh dianggap fokus hampir 100 peratus terhadap pelajaran.


“Mereka memaklumkan kelas tambahan bermula jam 8 hingga 9.30 pagi dan meneruskan sesi persekolahan hingga 2.30 petang. Mereka kemudian mengikuti kelas tambahan hingga jam 6 petang.


“Pada sebelah malam, kelas tambahan akan bermula jam 8.30 hingga 10 malam. Jadi, bagaimana pelajar ini dapat berlatih? “Sepatutnya, pihak pengurusan SSBJ perlu bijak mengimbangi jadual pelajar kerana objektif penubuhannya ialah melahirkan penuntut cemerlang dalam sukan dan pelajaran.


“Saya lihat tindakan ini sudah berat sebelah. Jika hanya mahu fokus kepada pelajaran, apa keistimewaan SSBJ? Lebih baik hantar saja pelajar ke sekolah harian biasa,” katanya.

Kenyataan bekas kapten kebangsaan era 1990-an itu nyata bercanggah dengan slogan SSBJ selaku sekolah sukan pertama negara iaitu ‘SSBJ Penjana Atlit Bertaraf Dunia’.


Kata Mirnawan, pengurusan SSBJ seperti guru besar atau jurulatih hoki sekolah, sepatutnya mengingatkan pelajarnya mengenai objektif sebenar SSBJ andai ada yang memohon untuk fokus terhadap SPM saja.


“Saya tidak salahkan pelajar jika mereka mahu fokus terhadap SPM kerana ia juga penting untuk masa depan. “Namun, apa bezanya SSBJ dengan sekolah harian lain kerana berdasarkan pengalaman, ada pelajar sekolah harian yang aktif bersukan sekalipun bakal menduduki SPM,” katanya.


Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah seluruh negara dan akan membincangkan langkah patut diambil dalam mesyuarat Kabinet.
0 Responses

    PENGUNJUNG

    MORE PICTURE

    MORE PICTURE
    Find It In Facebook (search - bjsshoki)

    JUNIOR LEAGUE 2010

    JUNIOR LEAGUE 2010

    MINGGU AKADEMIK

    MINGGU AKADEMIK
    Hari Usahawan

    PENGGAMBARAN

    PENGGAMBARAN
    DEwAN OLIMPiK

    9 Sebelah Hari Wilayah

    9 Sebelah Hari Wilayah
    Tempat Ke-3 Kategori Premier

    Kuala Lumpur Hockey League 2009

    Kuala Lumpur Hockey League 2009
    Runner Up

    CUTI2 MALAYSIA

    CUTI2 MALAYSIA

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KARNIVAL HOKI SSBJ

    KEM GENTING 2009

    KEM GENTING 2009

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS JUNIOR 09

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2009

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2008

    BJSS CHAMPION 2007

    BJSS CHAMPION 2007