Sasar layak ke pusingan akhir di Argentina
SKUAD hoki wanita kebangsaan bakal berhadapan cabaran getir untuk menduduki tiga tempat teratas pada kejohanan kelayakan Piala Dunia di Chile, Mei ini dalam misi layak ke pusingan akhir di Argentina Ogos ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr S Shamala (gambar) berkata Malaysia dijangka bertemu Australia, Ukraine, Scotland, Ireland dan tuan rumah pada kejohanan kelayakan di Santiago itu dari 25 April sehingga 2 Mei.
Pusingan akhir akan berlangsung di Rosario dari 29 Ogos sehingga 11 September.
"Malaysia kini berada di tangga ke-22 dunia. Australia pula berada di ranking ke-5, Ireland (15), Chile (16), Ukraine (21) dan Scotland (23). Di atas kertas, ia agak sukar untuk Malaysia," katanya, semalam.
Katanya, kali terakhir skuad Malaysia layak menyertai kejohanan kelayakan ialah di Amiens, Perancis pada 2001.
"Pada kejohanan itu, Malaysia meraih tempat ke-11 daripada 17 pasukan yang bertanding dan hanya tiga pasukan di tangga teratas layak ke pusingan akhir," katanya.
Dr Shamala berkata Malaysia layak ke kejohanan pra-Piala Dunia selepas menduduki tangga kelima pada kejohanan Piala Asia di Bangkok, Thailand, tahun lalu - sekaligus ia menduduki ranking ke-22 dunia.
Antara pasukan yang menempah tiket ke Argentina ialah tuan rumah, Afrika Selatan, New Zealand, Belanda, Jerman, England, Sepanyol, China dan India. - Bernama