NEW DELHI: India berjaya mengecewakan musuh ketatnya, Pakistan 4-1 dalam kejohanan hoki Piala Dunia kelmarin ketika England mengecewakan pasukan pilihan, Australia 3-2 menerusi aksi hari pembukaan cukup dramatik.
Sandeep Singh memanfaatkan dua pukulan sudut penalti untuk membantu India mencatat rekod kemenangan pertama dalam empat perlawanan menentang Pakistan di depan 19,000 penyokong sendiri di Stadium Nasional Dhyan Chand.
Shivendra Singh dan Prabjot Singh masing-masing menjaringkan satu gol bagi membolehkan India memadamkan kenangan pahit diaibkan 1-7 oleh Pakistan di perlawanan akhir Sukan Asia di gelanggang sama pada 1982.
India mendahului 4-0 sebelum Sohail Abbas, satu-satunya pemain yang menjaringkan lebih 300 gol dalam perlawanan antarabangsa merapatkan jurang buat Pakistan dengan memanfaatkan satu daripada enam sudut penalti dilakukannya.
“Kami tidak boleh terleka kerana menentang Australia selepas ini,” kata jurulatih India dari Sepanyol, Jose Brasa.
“Kami menguasai separuh masa pertama tapi bernasib baik kerana menjaringkan dua gol tambahan pada separuh masa berikutnya. Saya fikir kami tidak memberi peluang kepada Pakistan untuk bangkit.” Jurulatih Pakistan, Shahid Ali Khan menyifatkan pasukan India lebih baik.
“Sukar bangkit selepas ketinggalan 3-0,” katanya. “Pasukan India bermain baik. Semua pemain cukup kecewa tapi kami tidak patah semangat.” - AFP