PEMAIN Korea Selatan menyambut gol kemenangan menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A, malam tadi.
NEW DELHI: Korea Selatan bangkit menewaskan Argentina 2-1 dengan jaringan kemenangan menyusul pada minit terakhir perlawanan Kumpulan A, kejohanan hoki Piala Dunia 2010, malam tadi.
Juara bertahan, Jerman pula berpesta jaringan membelasah Kanada 6-0 untuk merakamkan kemenangan terbesar dalam sejarah kejohanan dalam tempoh 32 tahun. Hanya kemenangan 7-0 oleh India pada 1976 kekal sebagai angka kemenangan terbesar dalam Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
Gol oleh Nam Hyun-woo hasil flick paras rendah menerusi pukulan sudut penalti mengesahkan Korea Selatan kemenangan pertama selepas seri 2-2 menentang Jerman dalam perlawanan pembukaan tempoh hari.
Selepas babak pertama berkesudahan tanpa jaringan, Facundo Callioni memberi gol pendahuluan untuk Argentina minit ke-53 hasil hantaran baik daripada Juan Martin Lopez.
Namun, Korea selatan bangkit lebih garang apabila You Hyo-sik mengumpan baik bola kepada ketua pasukan, Seo Jong-ho yang membuat pukulan kilas minit ke-62.
Korea Selatan kini memiliki empat mata hasil dua perlawanan manakala Argentina gagal meraih sebarang mata. - AFP