BENG Hai (kanan) dapat mandat mengendali skuad senior pada tahun kedua berturut-turut. Gambar kecil Stephen van Huizen.
ENGGAN dirinya terus dijadikan ‘kambing hitam’ Tai Beng Hai bangkit mempertahankan tindakan pemilihan 25 pemain dalam skuad senior negara yang mencetus rasa tidak puas hati di kalangan beberapa bekas pemain kebangsaan.
Penolong jurulatih itu membayangkan ‘tangannya seperti terikat’ ketika memilih pemain menyertai kuota terhad berdasarkan syarat Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) yang menjadikan Liga Hoki Malaysia (LHM) sebagai medan pemilihan.
“Ketika ini bajet kita hanya terhad kepada 25 pemain dan perbincangan menambah jumlah pemain masih dibuat.
“Ada beberapa pemain kebangsaan yang tidak beraksi dalam LHM, termasuk kerana cedera tidak terpilih,” katanya pada hari pertama bersama pemangku ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baru dilantik, Stephen van Huizen, semalam.
Bagi Beng Hai yang mendapat mandat mengendali skuad senior pada tahun kedua berturut-turut, dua keutamaan yang diberi perhatian dalam pemilihan ialah pemain muda dan kecergasan fizikal.
Namun, ia tidak bermakna hak pemain kian meningkat usia - yang punya kelebihan pengalaman - dalam skuad dinafikan, sebaliknya menegaskan pemilihan belum berakhir.
Dia berkata mereka yang tidak terpilih masih berpeluang menyarung jersi negara andai beraksi cemerlang pada kejohanan Piala Tun Razak yang bakal menyusul.
“Corak permainan hoki di peringkat antarabangsa kini mengutamakan kepantasan dan kecergasan fizikal yang turut kami tekankan dalam latihan,” katanya sambil mengakui ada beberapa pemain berpengalaman gagal menyertai skuad kebangsaan kerana komitmen peribadi selain kecergasan yang tidak mampu menyaingi latihan.